~Does that look right to you??~.........




(12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari
http://www.livestream.com/insaniyardim/

Artikel ini dipetik dari;
http://perisik-rakyat.com/

~Manusia Semakin Aneh~


klik title to link myMetro

Bayi jadi sasaran
2010/05/30

SEORANG wanita yang dituduh mencuri telefon bimbit mengamuk dengan mencampakkan bayinya sebelum memijak kanak-kanak itu.
Pertengkaran menjadi serius dan polis terpaksa dipanggil.
Apabila seorang anggota keluarga pelajar itu turut campur tangan dengan menolak wanita itu, dia melakukan tindakan mengejutkan dengan mencampakkan bayi yang didukungnya dan memijak-mijak kanak-kanak itu sambil menjerit membantah tuduhan pelajar berkenaan.
Bagaimanapun, bayi berkenaan terselamat dan wanita itu ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut.

MasyaAllah..apkh wanita ini sudah x punya hati & perasaan???
Adkh dia tidak tahu anak itu tidak bersalah sdkt pn???
Adkh dia tidak tahu anak itu satu anugerah Tuhan yg x ternilai???

**MenjAdi mAnuSia meLayaKkan kiTa unTuk diUji..bAgaiMana dGn p'sEdiaAn kiTa???**


Posted: 27 May 2010 02:54 AM PDT
Menjadi seorang manusia, kita tetap akan diuji. Ujian gunanya untuk mematangkan kita. Ujian ini kita kena hadapi bukan dengan cara menjawab menggunakan tulisan di atas kertas seperti di sekolah dulu. Caranya adalah dengan emosi, strategi, tindakan dan petunjuk Tuhan.

Makin besar impian kita, makin besarlah ujian kita. Sebab itulah orang-orang berjaya pernah kata, nak berjaya amat mencabar sekali sebab ujian yang datang berpunca dari sekeliling – dari kawan-kawan, ahli keluarga, bahkan dari diri sendiri.

Ujian dari kawan-kawan dan ahli keluarga biasanya berbentuk tohmahan, cacian, makian, tuduhan liar serta pemulauan. Kita mungkin akan dipulaukan sebab kita menjadi ‘lain’ simply sebab kemahuan kita berlainan dari kemahuan mereka. Sebab? Kita mahu berjaya.

Ujian dari sendiri berbentuk sikap malas, bertangguh-tangguh, dengki, iri hati juga sikap berputus asa. Semua ini ada dalam diri kita.

Maka, kita perlukan satu ‘kuasa’ yang lebih hebat dari kuasa manusia untuk menghalang diri kita dari dikuasai oleh ujian-ujian ini. Berdoalan selalu kepada Tuhan disamping merajinkan diri berusaha mencapai matlamat kita.

Akhir kata, menjadi manusia melayakkan kita untuk di uji di dalam sebuah kelas di panggil ‘kehidupan’. Untuk kita berjaya di dalam ‘kelas’ itu, kita kena menjadi orang yang tahan di uji, sama ada ujian dalam bentuk kesenangan atau dalam bentuk kesusahan.

p/s:penulis berpesan pd diri sndiri & shbt2 bhw kita hendaklah mensyukuri setiap ujian yg ALLAH turunkan kpd kte..jgn mengeluh~

~The Power of Certainty~

It is one thing to be confident that U will be seccessful. And it is quite another thing to be absolutely certain!
***
Confidence is necessary in order to reach absolute certainty.
***
Let's look at the diference between the two. Here's how the dictionary defines them.
***
Confidence - the feeling or belief that one can rely on someone or something; firm trust.
Certainty - firm conviction that something is the case; a fact that is definitely true or an event that is definitely going to take place.
***
When U talk about yourself, your business, or your future plans; are you speaking in terms of certainty?

"aku boleh buat"....3X

Bercakap-cakap dengan diri sendiri dapat mencetuskan semangat

Posted: 27 Feb 2010 11:20 PM PST

Cara paling mudah untuk kita bermotivasi pada diri sendiri adalah dengan bercakap ngan diri kita sendiri di dalam hati. Cakapkanlah apa saja pada diri Anda sendiri untuk membangkitkan rasa bersemangat yang amat kuat.

Bina attitude ‘you can do it‘. Katakan pada diri Anda berkali-kali, you can do it, you can do it, you can do it.

Jika Anda sedang merasa sukar ketika melakukan sesuatu, gunakan cara ini. Beri semangat pada diri sendiri dengan mengatakan di dalam hati..“aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat”.

Kenapa mesti 3 kali? Sebab, 3 kali lebih power daripada hanya 1 kali.

Macam kita makan juga..3 kali makan lebih banyak isinya dari cuma 1 kali makan. Cara lain untuk memotivasikan diri, gunakan ayat seperti ini..”orang lain boleh buat, aku pun boleh buat. Aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat!!.”..

Mula-mula buat teknik ni, perubahnya tak berapa ketara tapi bila dah selalu selepas dua tiga hari, Anda akan terasa perubahannya. Ini kerana minda kita amik masa untuk menghadam lalu memahami perkara-perkara baru. Bila minda dah faham, minda akan mengatur sistem saraf dan aliran darah supaya jadi seleras dengan kemahuan Anda.

Jadi, tiap kali Anda kata “aku boleh buat” tetiba ada timbul keyakinan tinggi yang Anda memang boleh buat, sebab Anda nampak orang lain boleh buat. Bila buat, Anda tak akan rasa ragu-ragu langsung.

Tiap kali Anda rasa tertekan sebab rasa sukar, katakan pada diri “aku boleh buat” ..Gunakan perkataan “aku boleh” lalu sesuaikan dengan situasi Anda supaya Anda jadi lebih bersemangat.

Artikal ini dihantar oleh iMotivasi ke email penulis