:: Siapakah Sebenarnya WANITA? ::


Bismillahirrahmanirrahim...

WANITA diciptakan oleh ALLAH SWT sebagai teman untuk lelaki. Perkara ini terbukti melalui penciptaan bonda kita yang pertama iaitu Siti Hawa. Beliau menjadi peneman kesunyian Nabi Adam a.s di syurga...

Namun begitu, kewujudan kaum WANITA di dunia ini tidak hanya dijadikan peneman kaum adam semata-mata, sebaliknya hargai dan lindungilah kaum wanita ini. Penghargaan terhadap kaum wanita disini bukanlah beerti memperagakan perhiasan tubuh mereka atau kejelitaan wajah mereka, jauh sekali berbangga apabila melihat gambar-gambar kaum wanita tersebar luas di media cetak dan elektronik yang kita sendiri sinonim dengan 'facebook' sekarang. Sebaliknya penghargaan kepada kaum wanita adalah dengan memimpin mereka serta melindungi meraka dari sebarang fitnah dunia yang sentiasa mencemburui mereka..Lindungilah kami !!...

Jom kita renung Sabda Nabi SAW ini :

"Sesungguhnya wanita itu umpama tulang rusuk, sekiranya engkau berusaha membetulkannya (dengan kasar) ia akan patah. Sekiranya engkau membiarkannya, ia akan berterusan bengkok atau bertambah bengkok." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Daripada Hadis diatas jelas sekali bahawa kaum lelaki perlu memainkan peranan penting terhadap kaum wanita. Tulang rusuk wanita perlu diluruskan dengan lembut, sekiranya secara kasar akan patah, sekiranya langsung tidak diluruskan akan terus bengkok dan bertambah bengkok..hmm..semoga Insan seperti ini (yang dapat meluruskan kita dengan lembut) dikurniakan Allah kepada kita kelak..[^_^]..Ameen~

WAnita HiaSan DuNia??...

Benarlah Wanita adalah hiasan dunia, sebab itulah tidak hairan jika kaum wanita ini sentiasa menjadi perhiasan kulit-kulit majalah, menjadi model memperagakan pakaian cantik2, menjadi duta produk, ikon tv dan yang paling jelas kita boleh lihat di 'muka-muka buku'..kenapa hal ini berlaku?..kerana wanita itu perhisan dunia ke?..tepuk dada tanyalah iman..

Tetapi...................
Cuba kita exchange ayat "Wanita Hiasan Dunia" kepada "Seindah Hiasan Dunia adalah Wanita SOLEHAH"...wahhh terasa lagi menusuk kalbu la..sape2 terasa dirinya wanita pasti turut merasainya..kerana diri kita begitu berharga..ngee~

WaNitA sOleHah?...

Wanita yang hatinya sentiasa bergantung kepada Ilahi, tercipta setianya pada seorang insan bernama Suami. Wanita-wanita seperti inilah yang melengkapkan keindahan duniawi...

Jom berdoa pinta kepada-NYA,

"Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Jadikalah kami golongan yang bergantung hanya kepadaMU, golongan wanita solehah, golongan yang akan menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa, penyejuk mata suami, penyejuk mata anak-anak dan jadikalan kami orang-orang yang berTAQWA"..Ameen~


Thursday
October 20, 2011
10.05 am
Flat Bukit Angkasa
Pantai Dalam
KL~