How to be a "Isteri SOLEHAH" ?



Ustaz, saya ingin menjadi seorang isteri yg dapat membahagiakan suami & hidup diredhai ALLAH. Saya ingin meminta pendapat, bagamanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga yg bahagia & diberkati?...

Ustaz :

1- Isteri yg sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

2- Isteri yg sentiasa menjaga aurat drpd pandangan yg bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

3- Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka.

4- Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan, dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dgn perintah agama.

5- Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yg sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan & kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

6- Isteri yg sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga dgn maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.

7- Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami drpd masalah kewangan.

8- Isteri yg sedia menerima pemberian suami dgn penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yg diluar kemampuan suami.

9- Isteri yg sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat ataupun dugaan drpd ALLAH. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah ALLAH dengan tabah dan sabar.

10- Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.

11- Isteri yg sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.

12- Isteri yg sentiasa menghias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.

13- Isteri yg sentiasa mendahulukan keperluan suami drpd keperluan sendiri.

14- Isteri yg sentiasa bersikap malu kpd suaminya, bersoapan santun dlm perkataan dan juga perbuatannya.

15- Isteri yg menemani suaminya ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar dan menyambutnya dgn senyuman ketika suami pulang.

{Anda Bertanya Ustaz AZHAR IDRUS menjawa}

Wednesday,
March, 7 2012
12.39 PM
KK4 Universiti Malaya
KL~