"Hayatan Thayyibah"

...Meraih Kehidupan Yang Baik...

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesunakan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mkerjakan.” (Surah An Nahl : 97)

Prof. Muhammad Quraish Shihab dalam tafsirnya “Al Mishbah” menjelaskan bahwa “Hayatan Thayyibah” bukan bererti kehidupan mewah yang bebas dari ujian, tetapi ia adalah kehidupan yang diliputi oleh :

a. Rasa lega.
b. Kerelaan.
c. Kesabaran dalam menerima ujian.
d. Rasa syukur atas nikmat Allah swt.

Jadi, bagaimana untuk mendapatkan "Hayatan Thayyibah" ini ?

Rezeki Yang Halal
Setiap daripada kita tentunya mengharapkan rezeki yang banyak dan mudah mendapatkannya. Namun rezeki tersebut hendaklah Halal dari segi hukumnya.

Qanaah
Untuk mencapai kehidupan yang baik, kita hendaklah sentiasa qanaah atau menerima rezeki dengan senang hati walaupun belum mencukupi. Menerima dahulu apa yang diperolehi dan kekurangannya boleh dicari lagi. Orang yang tidak qanaah tidak menghargai susah payahnya sendiri kerana ia merasa sudah berusaha namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Bila usaha sendiri sahajapun sudah tidak dapat dihargai, apalagi usaha orang lain?

Kebahagiaan
Bagi seorang mukmin, ukuran kebahagiaan bukanlah terletak semata-mata pada aspek duniawi, tapi yang terpenting adalah bila ia boleh menjalani kehidupan dalam kerangka pengabdian dan ketaatan kepada Allah swt.

Oleh kerana itu, apabila seseorang sudah beriman dan beramal soleh, ia akan merasakan kebahagiaan kerana kehidupannya di dunia memberi sumbangan manfaat kebaikan, sedangkan di akhirat nanti akan dimasukkan ke dalam syurga dan ini merupakan kebahagiaan yang tidak ada bandingan dengan apapun jua.

Sebaliknya apabila seseorang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam apalagi sampai merugikan orang lain, maka tidak akan ada kebahagiaan yang dirasai, malah hidupnya diselubungi oleh kegelisahan dan kekhuatiran.

Ketenangan
Bagi seorang muslim, dosa membuatkan kehidupan menjadi tidak tenang. Oleh itu, dengan iman dan amal soleh, kehidupan yang kita jalani insyaAllah terhindar dari dosa yang membuatkan kita menjadi tenang dan ini merupakan salah satu unsur asas “Hayatan Thayyibah” yang amat penting untuk kita miliki. Dosa menjadi faktor kegelisahan sebagaimana yang disebut dalam hadits Rasulullah saw:

“Dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan dalam hati seseorang, sedangkan ia tidak setuju kalau perkara itu diketahui oleh orang lain.” (HR Ahmad)

Ridha
Sikap ini merupakan sesuatu yang amat penting sehingga ia mampu melaksanakan ajaran Islam dengan senang hati dan penuh penghayatan dan sikap seperti inilah yang memastikan seorang muslim akan dimasukkan oleh Allah swt ke dalam syurga sebagaimana dalam satu hadits, Rasulullah saw bersabda:

Barangsiapa yang ridha kepada Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammadsebagai Nabi dan RasulNya, wajib baginya syurga.” (HR Muslim)

Syukur
Jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” (Surah Ibrahim : 7)

Sayyid Qutb mengemukan bahwa ada dua prinsip bersyukur :

(1) ianya sebagai bukti bagi lurusnya kayu ukur dalam jiwa manusia. Kebajikan itu mesti disyukuri, sebab syukur adalah balasan semulajadinya dalam fitrah yang lurus.
(2) jiwa yang bersyukur akan sentiasa bermuraqabah (mendekatkan diri kepada Allah swt) dalam menggunakan nikmat yang diberikannya itu.

Seterusnya beliau menyatakan bahwa prinsip bersyukur seperti di atas boleh memberikan empat manfaat yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim iaitu :

1. Mensucikan jiwa.
2. Mendorong jiwa untuk beramal soleh.
3. Menjadikan orang lain ridha.
4. Memperbaiki serta memperlancarkan interaksi sosial.

Sabar
Orang yang hidupnya baik tidak mungkin melepaskan sifat sabar dari dirinya, apalagi dalam situasi sukar dan oleh kerana itulah Allah swt mencintai siapa sahaja yang sabar.

Allah swt berfirman :

Dan berapa banyak Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada manusia), dan Allah mencintai orang yang sabar.” (Surah Ali Imran : 146)


Sunday
July 17, 2011
Flat Bukit Angkasa
Pantai Dalam
KL~