:: 5 Tips Menetapkan Azam Mengikut Ajaran Islam



Assalamualaikum..rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan "Salam Maal Hijrah" wlpn dh agak terlambat..hee..mklumla bz skt smp xsmpt nk update blog (alasan~)...
Baiklah dikesempatan ini, ingin sy kongsikan satu artikel yg dihantar oleh iMotivasi ke email sy 2 3 hari yg lepas.

Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi.
Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam.
Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita.
1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.
Niatkan azam Anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang Anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat Anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, Anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti Anda. Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.

2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.
Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang Anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang Anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk Anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk Anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah.

3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.
Apa yang jua yang Anda capai,pastikan Anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu Anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling Anda. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam Anda tu mendorong Anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk Anda mencapai azam Anda dibuka serta dipermudahkan.

4. Set Untuk Kebaikan Bersama.

Apa jua yang Anda mahu capai sebagai azam Anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama Anggap kejayaan yang Anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama. Jika Anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri Anda dan untuk anak-anak Anda. Jika Anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan Anda, keluarga Anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan Anda. JIka Anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan Anda bersama rakan-rakan Anda, bukan bangga kerana Anda lebih berjaya daripada mereka.

5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.
Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam semata-mata untuk bermegah. Jangan set azam Anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada Anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah . Anda akan mempunyai dorongan motivasi untuk bergerak mencapai azam Anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha Anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran.
Anda tak akan ada motivasi. Anda akan hilang semangat, hilang inspirasi. Anda akan tertekan. Anda tak mencapai satu apapun, Anda akan gagal, usaha lagi, gagal lagi. Jika Anda kerap gagal, pasti ada ‘something wrong’ dengan nawaitu Anda. Mungkin Anda mahu berjaya sebab Anda nak menunjuk-nunjuk kehebatan dengan rasa megah, bukan untuk berbakti.

20/12/10-Isnin-1.10PM

:: Untuk Jadi Hebat Tidak Perlu Jadi Orang Lain, Jadilah Diri Sendiri!



Seorang pemecah batu menghabiskan sepanjang siang di sebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh kudrat memecahkan batu-batu pejal. Dia sering mendengus dan mengomel tentang kenaifan diri sendiri.
Di bawah limpahan terik sinar matahari yang membakar, sambil memegang penukul besinya dia melihat kepada matahari dan berkata pada dirinya sendiri, "Malangnya diri ini..Alangkah baik kalau aku dicipta sebagai matahari yang besar, hebat, tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa yang aku suka."
Hatinya terus berbisik sambil melihat kepada matahari dengan penuh kagum. Sedang dia asyik berfikir tiba-tiba dia merasa keaadaan menjadi redup dan dingin. Apabila dia mendongakkan kepalanya, dia melihat ada gumpalanawan besar berwarna gelap sedang menutupi matahari.
"Wah, awan lebih hebat rupanya! Ia boleh memadam kekuatan cahaya matahari."
Dia mula berfikir tentang dirinya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan.
"Alangkah hebatnya awan dengan ukurannya seperti raksasa, boleh berarak ke mana-mana dan mengalahkan sang matahari." tingkahnya dalam diri.
Matanya leka mengekori awan yang berarak megah dengan tubuhnya yang besar melitupi segalanya. Tiba-tiba awan tersebut terserak dan berpecah bila membelah bukit tinggi.
"Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi! Ia berjaya memecahkan gumpalan awan."
Dia mula berfikir untuk jadi bukit yang gagah tersergam.
"Malangnya diriku ini dan alangkah baik sekiranya aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari," gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.
Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca-kaca: Rupa-rupanya bukit yang tersergam gagah ini, sebenarnya tewas kepada seorang pemecah batu.
"Dan pemecah batu itu ialah aku!"
Dengan penuh beertenaga dia melaungkan, "Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah daripada awan, lebih kuat daripada matahari. Aku hanya perlu bersyukur atas apa yang telah diciptakan Tuhan untukku."
Kemudian dian terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjanya dengan penuh rasa kesyukuran. Dia tidak lagi mempedulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut.
Benar, manusia tidak akan melihat sebarang kebaikan pada dirinya, sekiranya tidak melihat dengan kaca mata syukur, redha dan qanaah. Sepanjang masa dihabiskan dengan mengagumi orang lain tetapi memandang rendah kepada diri sendiri. Manusia seperti itu tidak akan menemui kepuasan dan kedamaian hati selama-lamanya. Sebaliknya letih dan rasa terbeban kerana menelan rasa terkilan yang berpanjangan.

Justeru, untuk jadi manusia hebat kita tidak perlu jadi orang lain tapi jadilah diri sendiri. Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha dan qanaah beserta kekuatan sebenar seorang insan. Dalam masa yang sama kita mencari di manakah kelemahan yang perlu dikenalpasti agar boleh diungkai keluar. Dari situ kita akan mula meneroka kelebihan yang Allah anugerahkan tersembunyi dalam diri kita.
Yakinlah, bahawa Allah mencipta kita sebagai makhluk unik dengan sebaik-baik kejadian!

Firman Allah Taala :
"Yang demikian itu, ialah Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Yang Mahaperkasa, Maha Penyayang. Yang memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani). Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)-Nya ke dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur"...As-Sajdah:6-9

3/12/10-7.41am-Friday

Khas Untuk WANITA~



1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al- Hujurat.

4. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan
tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg
bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

5. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.
Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

Sama-samalah kite muhasabah diri~

10/11/12-Rabu-5.50PM

~Take It As A Challenge in My Life~



Master Yus membongkar RAHSIA...
http://masteryus.com/

Cikgu Nizam memberi keterangan tentang MARKETING...
http://www.facebook.com/nizam.saadon

Cikgu Hazar berkongsi tentang PENGURUSAN MASA...
http://www.facebook.com/pages/Klang-Malaysia/Home-Tuition-Tutor/163121562988

Peserta sedang khusyuk mendengar...

Di akhir sesi peserta dikehendaki memberi komen...

Master Yus,TEST,& peserta Bengkel Tutor 101(1st batch)

http://www.seminartuisyen.com/
http://www.kerjasendiri.com/miniseminar/

Tarikh :30/10/10 (10.00 am - 2.00pm)
Utus Smart Training & Consultancy,
No 21 Tingkat 2, Jalan 8/146,
Bandar Tasik Selatan, Cheras,
57000 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

31/10/10-Ahad-7.03AM

Lelaki menangis..Apa maknanya?..Kenapa lelaki menangis?



Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

* Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
* Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
* Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
* Ibu atau bapanya meninggal dunia.
* Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
* Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
* Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Artikel ini dipetik dari blog iMotivasi.com

26/10/10-Selasa-5.50AM

~Interaksi Jalinan Mahabbah PERDANA UKM - PMKUM 2010/2011~


Barisan Kepimpinan Muslimin UKM-UM

Barisan Kepimpinan Muslimat UKM-UM

President PERDANA UKM menyampaikan cenderahati kepada YDP PMKUM

PERDANA UKM

PERDANA UKM

PMKUM

Link blog :http://ydppmkum.blogspot.com/

***Very Nice Experience***





Salam..semoga sahabat2 sentiasa dalam Rahmat Allah swt.

Sebut sahaja 'weekend' pasti sinonim dengan kata-kata seperti "aku nak topup tido,dh 5 hari tido lambat disebabkan presentation,test,quiz dan macam2".."aku nak siapkan assigment".."aku nak siapkan tutorial".."aku nak siapkan lab report"...dan macam2 lagi. Inilah rutin sebagai pelajar universiti.Bagi yang aktif berpersatuan pula,sudah pastinya akan sibuk dengan program-program.

Begitu juga dengan saya,namun alhamdulillah dalam kesibukan tersebut sy masih berpeluang menghadirkan diri dlm satu seminar yang cukup2 menarik. Walaupun sebelum ini tak pernah terfikir utk menghadiri seminar ini.Terima kasih kpd Cikgu Bashier yg dtg menjemput sy dan beberapa sahabat yg lain.Aik sy nk jadi guru tuisyen ke??..knp sy menghadiri seminar ini??..Apa yg paling penting bagi sy adalah ilmu-ilmu yang disampaikan oleh orang-orang yg telah berjaya dan disamping dapat pengalaman baru dalam hidup...very nice!!!!

Mini Seminar Tuisyen..banyak input2 berguna dan pengalaman baru yg dapat sy kutip drp seminar ini.Apa yg sy dan sahabat2 dapat drp seminar ini??
*Macam mana nak mulakan langkah pertama sebagai Cikgu Tuisyen Super.
*Membina Kredebiliti & Reputasi yang Cemerlang.
*Pengurusan Masa antara Kerja Utama vs Mengajar Tuisyen.
*Pendapatan Minima Tuisyen adalah RM3,000 dan lebih setiap bulan

Dalam seminar ini sy dapat bertemu dgn orang-orang hebat yg telah terbukti berjaya!
http://masteryus.com/
http://bashier05.blogspot.com/



16/10/10-Sabtu-6.14PM

3 Langkah Bagaimana Untuk Melupakan kesalahan Orang Yang Menyakitkan Hati Kita~



Assalamualaikum...
Rasanya sudah berminggu2 sy xupdate my blog,sibuk..bz..xde masa..(alasan!)..hu2
Post kali ni sy nk kongsi satu MOTIVASI DIRI yg dihantar oleh iMotivasi kpd e-mail sy.
3 Langkah Bagaimana Untuk Melupakan Kesalahan Orang Yang Menyakitkan Hati Kita...
Setiap org pasti ada yg terasa/sakit hati dgn seseorang..kan?
Bagi sy ini adalah perkara biasa dlm lumrah hidup manusia..knp sy berkata begitu?sbb kita manusia lemah,manusia biasa yg terkadang gagal mengawal hati kita walaupun kita sudah sehabis mungkin cuba utk jd yg terbaik..kita manusia tidak sempurna..
Atau sebaliknya,kita adlh org yg suka menyakitkan hati orang lain??..cuba kita amik masa sblm tidur utk muhasabah diri..insyaAllah~

Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.

Saya tak suka kata susah, saya memilih untuk kata ‘mencabar‘ sebab perkatan tu lebih positif. Menyebut perkataan ‘susah‘ membuat kita terdorong untuk berfikiran negatif kerana bunyi perkataan tu agak negatif.

Dah jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan hati kita. Tapi, jika Anda nak berjaya, nak menjadi orang hebat dalam bidang Anda sekarang ni dan Anda betul-betul nak berubah, Anda kena melatih diri untuk melupakan kesalahan orang.

Cemana nak melupakan?

Ikuti 3 langkah di bawah:

Langkah 1: Tutup cerita lama, buka cerita baru.

Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.

Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.

Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.

Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.

Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.

tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

Langkah 3: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.

Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.

Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:

“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”

Tepuk dada, tanyalah iman.

Dipetik dari www.iMotivasi.com (ShueQry)

3/10/10-Ahad-7.33 AM

Aktifkan Dirimu Dengan DOA!



Kita b'DOA bkn utk mmberitahu ALLAH apa yg kte pinta,kerana tnpa diberithu pn ALLAH sedia mengetahui sgl ssuatu.ALLAH Maha Mengetahui sgl apa yg kte zahirkn mahupn apa yg kte smbunyikn..

Jadi perlu apa lg kte b'DOA?

DOA adlh utk mmbuktikan sifat kehambaan kte dihdpn ALLAH.Sebagai hamba kte memerlukn ALLAH lbh drp segala-galanya dlm hdp ini.Dan sbg hamba kte wajib memuliakn ALLAH setiap ms.Inilah Hakikat Doa.

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.Dan sesungguhnya orang yg menyombongkan diri daripada menyembah-KU akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina." (Surah Ghafir 40:60)

MENGAPA DOA PENTING?

1. Menegekalkan Hubungan Dengan ALLAH Setiap Masa

Tanpa ALLAH dm hati kita,manusia umpama ikan yg ketiadaan air.Jiwa kita akan mati,kita akan hilang ketenangan,kebahagiaan wlpun kita memiliki segala2.Doa sebenrnaya adlh zikir (interaksi & komunikasi kita dgn Ilahi dgn cara yg paling harmoni). Dengan hanya mengingati-Nya hati kita akn mnjadi tenang..

"Yakni mereka yang beriman & hati mereka menjadi tenang dengan mengingati ALLAH.Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." (Surah al-Rad'd 13:28)

Orang yg sering sering b'DOA tidak akan dilanda stress yg melampau & kemurungan dlm hidup..ketenangan & keceriaan menghiasi wajahnya..Ini kerana talian hayatnya sntiasa b'sambung dgn ALLAH,apatah lagi ketika kita memerlukan p'tolongan.

2. Keupayaan Melakukan Perubahan Ke Arah Kebaikan Secara Berterusan

Perubahan drpd kurang baik kpd baik & drp baik kpd lebih baik(cemerlang) perlu ada dlm diri setiap manusia. Hidup org berjaya sentiasa lebih baik drp sebelumnya sama ada kebaikan itu berkait dgn ALLAH mahupun berkait dgn manusia.

"Dan DIA memperkenankan(doa) orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah(pahala) kepada mereka daripada kurnia-NYA." (Surah al-Syura 42:26)

DOA itu HARAPAN. Doa adlh 1 kunci menggamit p'tolongan ALLAH utk melaksanakn perubahan diri. Manakala USAHA adlh langkah utk merealisasikn HARAPAN itu. Dgn b'DOA kita m'harapkan SEBAIK TAKDIR. Dgn b'USAHA kita melaksanakan SEBAIK TADBIR. Apabila b'gabung TADBIR & TAKDIR yg baik, insyaALLAH kita akn berubah kearah yg lebih baik.

3. Melahirkan Rasa Berkongsi Menghadapi Sebaran Kebuntuan


Tidak ramai manusia yg begitu kuat sehingga mampu menanggung mslh & perit scr b'sendirian. Ada masa kita memerlukan insan lain utk mendengar & b'kongsi mslh dgn kita. Namun adakalanya mslh kita t'lalu personal yg kita rs tidak mahu b'cerita dgn org lain. Kadangkala kebimbangan kita t'lalu tinggi sehingga tidak dpt b'bincang dgn keluarga atau sahabat terapat. Justeru, kpd siapa kita hendak mengadu??...

Ya, sudah pasti ALLAH..ALLAH..ALLAH..b'DOA lah, DIA sentiasa sedia & setia utk mndgrnya.

"Jika hamba-KU bertanyakan kamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu, wajarlah mereka sahut seruan-Ku & beriman dengan-Ku, semoga mereka beroleh petunjuk." (Surah al-Baqarah 2:186)

Dengan b'DOA kita tidak 'akan bersendirian' dlm menghadapi kebuntuan hidup. Kata prof. Dr. Hamka, "ketika pintu di bumi sdh t'ttp segalanya,pintu ke langit s'tiasa t'buka!"..Maksudnya, apabila manusia tidak boleh lg diharap mendengar pengaduan kita, ALLAH s'tiasa ada utk mendengar sgl rintihan & harapan.

7/9/10-Selasa-3.31 AM

Hari Terus Berlalu Pergi...Sya'ban Kini, Ramadhan Menanti~



PENGERTIAN SYAABAN :

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

FADHILAT SYAABAN :


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

* Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

* Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

* Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Ahlan Wa Sahlan...~



Putrajaya, 4 Julai 2010 : Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) telah menyambut kedatangan adik-adik yang akan mendaftarkan diri pada hari tersebut. Bermula jam 8.00 pagi, jalan sekitar UM sudah mula sesak. Kami menyambut kedatangan adik-adik dengan mengedarkan risalah Selamat Datang.

Disebabkan kami "diharamkan" utk mengedar sebarang risalah di dlm kampus, maka kami mengambil keputusan utk meneruskan 'perjuangan' kami di luar kampus..(laluan sepanjang pintu masuk utama UM)..hehe..

Turut bersama2 kami adalah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)...mereka apatah lg,sungguh mantap!!!..Tahniah~

Wahh..sungguh teruja sy melihat sahabat2 yg sanggup 'berkeliaran' di celah-celah kereta, van, lori, bus..(^_^)

Melihat wajah2 mak ayah & keluarga yg sgt gembira dgn kejayaan anak2 mereka yg berjaya menjejakkan kaki ke menara gading apatah lg Uni Perdana ini..mak mane yg x bangga:-)

Ditambah pula dgn sambutan yg meriah dr kami..kami sempat beramah mesra dgn mereka yg berada di dlm kereta..almaklumla jalan penuh sesak, mereka xdpt bergerak.

Sekali lagi kami ucapkan SELAMAT DATANG ke UM..
'belajar rajin2 ye'..(^_^)

Alhamdulillah Selesai Sudah~

Alhamdulillah setelah pelbagai cabaran dan dugaan yg terpaksa kami tempuhi, akhirnya MADANI'10 berjaya dilaksanakan seperti yg dirancang..TAHNIAH buat semua yg terlibat dlm menjayakan majlis ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Saya amat berbangga melihat komitment kalian yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, mahupun wang ringgit dalam menjayakan majlis ini..Hanya ALLAH yg mampu membalasnya~
Setelah mendengar ucapan wakil TUAN GURU pada majlis tersebut, saya merasakan banyak input yg dapat dikongsi bersama sahabat2..maka saya mengambil peluang ini untuk berkongsinya melalui blog saya ini.Selamat membaca:-)...Semoga BerMANFAAT..insyaALLAH~

TEKS UCAPAN DI MAJLIS PERASMIAN MAJLIS ANUGERAH DARUL NAIM (MADANI 10) - PERSATUAN MAHASISWA KELANTAN UNIVERSITI MALAYA
Sunday, June 27, 2010 at 11:37am

TEKS UCAPAN
YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATUK MENTERI BESAR KELANTAN
- PERASMIAN MAJLIS ANUGERAH DARUL NAIM (MADANI 10) -
PERSATUAN MAHASISWA KELANTAN UNIVERSITI MALAYA

PADA : 27 JUN 2010
BERTEMPAT DI HOTEL RAUDHAH, KOTA BHARU, KELANTAN
JAM 10.30 PAGI

Teks dibacakan oleh YB Dr Mohd Fadzli bin Dato Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

بسم الله الرحمن الرحيم
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
- سورة آل عمران:18

Yang bermaksud :
Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

• Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis
• Presiden Pesatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaysa (PMKUM) bersama ahli-ahli jawatankuasanya
• Pengarah Program, Majlis Anugerah Darul Naim (MADANI 10) bersama ahli-ahli jawatankuasa urusetia program
• Saudara saudari mahasiswa mahasiswi yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya, kita dapat berkumpul di Majlis Anugerah Darul Naim (MADANI 10) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) pada pagi ini. Kalungan tahniah saya rakamkan kepada urusetia program yang telah berjaya melaksanakan program ini. Tidak lupa saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana dijemput untuk hadir seterusnya menyampaikan ucapan perasmian pada pagi ini.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahsiswi yang dikasihi sekalian.

Saya difahamkan bahawa majlis hari ini diadakan khusus untuk menyampaikan anugerah kepada individu-individi yang telah banyak merencana aktiviti bermanfaat demi pembangunan persatuan dari semua aspek. Saya yakin bahawa individu yang terpilih untuk menerima anugerah pada hari ini telahpun membuktikan segala komitmen dan mencurahkan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi di dalam memastikan aktiviti persatuan berjalan dengan lancar ke arah akhirnya meraih keredhaan daripada Allah SWT.

Suka saya nyatakan bahawa pemberian anugerah bukanlah satu perkara yang asing di dalam Islam. Allah SWT telah memperkenalkan budaya apemberian anugerah di atas kemuliaan dan kecemerlangan serta ilmu yang dimiliki. Ini disebut di dalam al-Quran apabila Allah SWT memerintahkan para malaikat sujud kepada Nabi Adam as di atas kelebihan ilmunya mengatasi para malaikat.

Firman Allah SWT :

وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33) وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآَدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ (34) – سورة البقرة

Yang bermaksud : Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Telah Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana." Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu,

Allah berfirman:
"Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

Di dalam ayat ini, Allah SWT telah menceritakan bagaimana Nabi Adam AS telah diajar dengan pelbagai jenis ilmu oleh Allah SWT sebagai nikmat pertama yang diterima oleh manusia. Kemampuan untuk belajar dan mengajar ini merupakan keistimewaan yang hanya ada pada manusia dan tidak ada pada makhluk yang lain hatta para malaikat.

Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu untuk dikembangkan dengan lebih meluas. Berasaskan kepada kelebihan inilah, Nabi Adam AS telah menerima aanugerah daripada Allah SWT berupa perintahNya kepada para malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam.

Ini merupakan anugerah yang pertama yang diterima daripada Allah SWT kepada manusia bagi menunjukkan pengiktirafan terhadap kebolehan manusia menerima dan menyampaikan ilmu. Ayat yang saya bacakan di awal ucapan tadi juga menunjukkan pengisytiharan daripada Allah SWT bahawa penyaksian bahawa Dialah Tuhan yang layak disembah diakui olehNya sendiri, para malaikat serta orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan.

Ia menunjukkan ketinggian golongan yang diberikan ilmu oleh Allah SWT. Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan, apa jua anugerah yang diterima pada hari ini bukanlah sesuatu yang hakiki. Semahal manapun anugerah yang diberikan, ia tidak dapat menandingi anugerah yang paling besar yang menanti di akhirat kelak iaitu syurga Allah SWT. Oleh yang demikian, belajarlah, bekerjalan dan berilah sumbangan bukan untuk anugerah yang diperolehi di dunia tetapi untuk anugerah yang dijanjikan di akhirat.

Jika ini berjaya diyakini oleh kita semua, Insya-allah, kita tidak kecewa jika tidak diberikan anugerah, tidak merajuk jika sumbangan tidak dihargai, tidak lari jika usaha kita dinafi. Bukankah kita sering membawa firman Allah SWT di dalam surah at-tin :

قَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ (4) ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ (5) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ (6)

Yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya . Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahsiswi yang dikasihi sekalian.

Ilmu, kemahiran dan segala macam pemberian yang datang daripada Allah SWT tidak hadir secara percuma. Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan oleh Allah SWT menuntut untuk diamalkan. Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan agar kita semua sentiasa meneguhkan niat untuk melakukan amal yang soleh sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Ilmu yang tinggi tanpa disertai dengan amalan yang soleh tidak akan bernilai di sisi Allah SWT.

Selain menjadi seroang yang soleh, kita juga dituntut menjadi seorang yang musleh (مصلح). Soleh ertinya baik, musleh ertinya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Menjadi soleh barangkali tidaklah terlampau payah, tetapi menjadi seorang yang musleh bererti menempah kesukaran dan kepayahan di dalam hidup.

Saya menyatakan peringatan ini kerana saudara-saudari masih di alam pengajian, masih belum terserempak dengan onak ranjau yang merintangi perjuangan, masih belum terjumpa duri-duri tajam yang melukakan sepanjang perjalanan, masih belum bersua dengan binatang-binatang buas yang sentiasa menanti masa membaham mangsa.

Demi Allah yang merajai kerajaan Langit dan Bumi, telah terbukti di dalam lembaran sejarah, para ulama yang diberikan ilmu yang tinggi oleh Allah, akhirnya berpaling ke belakang menjadi duri dalam daging mengoyakkan helaian ilmu yang dimiliki dan menjual prinsip demi sedikit habuan. Ada juga golongan ulama yang kurang bijak dalam mengatur siasah, akhirnya tertipu dengan mainan politik murahan golongan sekular, lalu menjadi alat politik tanpa mereka sedari. Saya mengungkapkan pesanan ini agar saudara-saudari tidak terjerumus di dalam lembah yang penuh ranjau itu. Kerana sekali saudara-saudari terjebak ke dalam, sukar sekali untuk bangkit dan bangun kembali.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Sejarah telah menukilkan bahawa telah lahir golongan yang berada di barisan hadapan menentang Rasulullah SAW sedangkan merekalah yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah SWT. Justeru, al-Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah membahagikan ulama kepada ulama akhirat dan ulama dunia atau ulama su’. Golongan ulama su’ inilah yang menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.

Pada zaman Rasulullah SAW, telah muncul ketua munafik seperti Abdullah bin Ubay, yang mengepalai golongan munafiqin merosakkan dakwah Rasulullah SAW sedangkan mereka tahu dengan sebenar-benarnya bahawa invididu yang mereka tentang ialah nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Lalu lahirlah daripada silibus perjuanga munafiq ini projek-projek yang lahirnya nampak baik dan murni namun hakikatnya bertujuan untuk memusnahkan Islam.

Muncullah projek Masjid Dhirar yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk dimusnahkan. Walaupun namanya masjid, tetapi tujuannya untuk memecahbelahkan. Lalu menjadi tanggungjawab para ilmuwan sekalian untuk mengenal dengan pasti yang mana satukah projek masjid dhirar dan yang mana pula tidak. Ini penting agar para ilmuwan yang akan muncul sebagai golongan ulama tidak terperangkap dengan politik dhirar tanpa disedari.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Akhir kata, saya berharap supaya saudara-saudari sekalian dapat memanfaatkan masa dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT pada hari ini untuk menimba ilmu dan juga pengalaman sebanyak mungkin. Dunia hari ini tidak lagi menuntut lahirnya mahasiswa yang menggenggam segulung ijazah semata-mata, tetapi mahasiswa yang mampu berinteraksi dengan masyarakat.

Segulung ijazah hanyalah merupakan pengiktirafan akademik namun belum membuktikan saudara-saudari mampu menyumbang kepada masyarakat. Oleh yang demikian, bahagikanlah masa sebaik mungkin di antara tuntutan akademik dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan mengasah kepimpinan dan kemahiran urus tadbir. Semoga segala usaha yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Saya sudahi dengan

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Launching My New Blog..(^_^)


http://fascinationofmiddleeast.blogspot.com

Alhamdulillah...
Akhirnya saya berjaya menyiapkan blog baru saya.
Nak jadi Usahawan berjaya nie kene lah berusaha keras sikit..bak kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..he2..
Nak memajukan diri kene lah ada perkembangan setiap masa.
Macam mna sy blh terjebak dgn benda nie??
Haa kisahnya bermula dgn Hari Lelaki & Wanita (HALWA'10) yg berlangsung pd 6 & 7 Januari 2010. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya & pengarahnya saya sendiri..Mencabar diri untuk mencuba sesuatu yg baru..(Alhamdulillah kepuasan diri & bnyk pengalaman yg dpt ditimba melalui program ini sekali gus mematangkan diri)..Namun mesti diingat sibuk berpesatuan jgn dijadikan alasan utk mengabaikan pelajaran..Bak kata mantan YDP 0910 (Abe We), "Pelajaran nombor satu tapi persatuan bukan nombor dua"..erm sy ingat kata2 tu sampai hari ini...

Hmmm..melalui program ni sy telah berjaya mendapatkan tajaan berupa pakaian & hadiah daripada seorang pemilik Beautiful Abaya Boutique (kak haliah)..peserta pertandingan Pesona Timur Tengah berpeluang memakai Jubah drpda nye..sangat menarik..menampilkan mahasiswi yang berketerampilan dan berintelektual..

Selepas tamatnya program tersebut, kakak Haliah telah menawarkan saya untuk menjadi reseller kepada koleksi jubahnya. Sudah lama mendiamkan diri kerana kekangan masa dengan tugasan pelajaran dan sebagainya..Tapi kata kakak Haliah, saya boleh meneruskan usaha nie walaupun slps saya tamat belajar..erm ok gak, disamping dapat tolong mempromosikan koleksi jubahnya, dapat jgk income..(hehe)..rezeki jgn ditolak-)).Bak kata orang,"Orang berbudi kita berbahasa"..btol x?..

Selain tu, pertama kali berkunjung ke butiknya di Gombak, saya amat teruja melihat jubah-jubah yang amat menarik especially jubah hitam..sangat exclusive..hmm sejak dari tu saya mula meminati jubah:-)

Jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi dengan teman-teman.

Jubah yang diimpot dari negara Timur Tengah seperti Jordan, Dubai dll.

~ Amat sesuai kepada golongan berkerjaya, golongan pelajar dan sebagainya

~ Amat sesuai dijadikan buah tangan kepada orang tersayang

~ Amat sesuai dijadikan barangan hantaran bagi yang ingin mendirikan rumahtangga

Untuk maklumat lanjut sila layari http://fascinationofmiddleeast.blogspot.com
klik tajuk diatas untuk link this blog

Berbaloi-baloi (^_^)

Peringatan Buat Sahabat2..:-)


Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat2 "coursemate" yg dirindui?..:-)..pasti seronok bercuti(sy bercuti kt dlm lab je..huhu)
erm..mcm mne dgn 'registration subject' tuk sem depan?dah selesai??

Jangan lupa tarikh tutup registration : 20/6/2010

Subjek yg saya daftar utk semester 1 (Tahun 3):-

>SCES2220 : Organic Chemistry II (4ch) //Exam: 25-Nov-10 11:30AM

>SCES3120 : Organic Chemistry III (4ch) //Exam: 01-Dec-10 03:00 PM

>SCES3181 : Project II(Chemistry) (4ch) //Exam:-

>SCES2441 : Analytical Chemistry I (3ch) //Exam: 09-Dec-10 11:30 AM

>SCES3314 : Materials Chemistry (2ch) //Exam: 09-Dec-10 08:30 AM

>SCES3324 : Natural Product Chemistry (2ch) //Exam:08-Dec-10 11:30 AM

>SCES3362 : Instrumental Technique in Chemistry (2ch) //Exam: 26-Nov-10 08:30 AM

Laboratory Schedule :

Chemistry Project II (Individual) /// Short Sem ( Mei – Julai 2010)
Organic Chemistry II (Group D) // Thursday // 10 am – 5 pm // Week 1-7
Organic Chemistry III (Group T) // Thursday // 10 am – 5 pm // Week 8-14
Analysis Chemistry I (Group B) // Tuesday // 10 am – 5 pm // Week 1-7

http://umisisweb.um.edu.my

Maklumat tambahan :
Sesiapa yg ingin download Lab Manual & Handbook (Project) bolehlah layari http://www.kimia.um.edu.my

16 Jun 2010

:: Anda Kekasih DIA???



Bismillahirrahmanirrahim...

Tidak ada yg menjadikan tenteram dlm hidup ini selain menjadi manusia yg selamat, manusia yg bebas dr hipitan dan kesengsaraan hidup. Ribuan tahun silam, sebelum kerasulan Muhammad SAW, telah nyata bagi orang2 yg beriman hadirnya para utusan Allah di muka bumi sbg khabar gembira agar manusia kembali kpd jalan kebenaran. Namun, bnyk manusia yg mengingkarinya setelah bukti kenabian itu datang. Sebagai balasannya, Allah menimpakan azab yg membinasakan. Manusia yg cerdas adalah mereka yg pandai mengambil pengajaran dr masa lalu. Pengajaran itulah yg menuntunnya menjadi hambayg condong pada ketaatan. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberikan petunjuk bagi jiwa, setidaknya pengetahuan lahir yg membuat pembaca & penulis memahami keadaan orang2 yg berada dlm naungan pemilik cahaya Sidaratul Muntaha (ALLAH SWT). Yang jelas, tidak ada kerisauan, kekhawatiran dan kegelisahan yg mencengkam kerana mereka selalu YAKIN kepada-NYA. ALLAH selalu mengawasi & melindunginya. Itulah kebahagiaan yg didambakan setiap umat yg beriman~

SIAPA PARA KEKASIH ALLAH?..(orang2 yg berbahagia di dunia & akhirat)

(1) Para Nabi & Rasul (Anbiya' wal Mursalun).
(2) Para Kekasih Allah (Waliyullah).
(3) Ahli ilmu Agama (Ulama).
(4) Golongan kanan(Ashabul Maimanah).
(5) Para ahli dzikir (Dzakirunallah).
(6) Orang-orang yang bertaubat (Tawwabun).
(7) Orang-orang yang bertawakkal (Mutawakkilun).
(8) Orang-orang yang berjihad (Mujahidun).
(9) Orang-orang yang khusyuk dalam Solat (Khasyi'un).
(10) Orang-orang yang gemar bersedekah (Munfiqun).
(11) Orang-orang yang bersabar (Shabirun).
(12) Orang-orang yang ikhlas beramal (Mukhlisun).
(13) Orang-orang yang amanah (Hafidzun).
(14) Orang-orang yang bersyukur (Syakirun).
(15) Orang-orang yang bertaqwa (Muttaqun).
(16) Orang-orang yang jujur (Shadiqun).
(17) Orang-orang yang beriman (Mukminun).
(18) Pelaku kebajikan (Al-Abrar).
(19) Ahli pikir (Ulil Albab).


Marilah kita sama2 muhasabah diri.renungkan diri kita..Adakah kita termasuk golongan para KEKASIH ALLAH??

...Terima Kasih...&...Maaf...

Assalamualaikum & slmt pg buat shbt2 yg sudi menjenguk blog yg xseberapa ini...t.ksh:-)
wlpn hr nie sy merasakan smngtku tiada..namun sy kuatkan jgk utk meng'update' blog sy ini..
sy jg merasakan ada sesuatu yg perlu dikongsi bersama sekaligus muhasabah diri..sblm pergi jauh, sy ingin berty kpd diri sndiri..knp sy seorang yg tidak berterima kasih??..tepuk dada ty lah iman..(@-@)

Terima Kasih~

Jika sy perhatikan shbt2 yg sy kenali, mereka sgt suka menggunakan perkataan terima kasih dlm apa perkara sekalipun..tidak kira semasa gembira, suka, sedih, marah atau apa sekalipun..ini lah yg sy perhatikan dlm diri shbt2 sy..sy sgt mengagumi mereka..persoalannya skrg knp sy tidak seperti mereka??

Susah sgt ke sy nk berterima kasih???..
Padahal dgn berterima kasih kita akn mendapat bnyk kebaikannya..sy ada terdengar satu ceramah yg mngatakn kalau kita berterima kasih & bersyukur kpd ALLAH, ALLAH akn menambah nikmat kita.Contoh yg diberikan adalah semasa kita sedang bertarung di dlm 'exam hall'..sekali kita dpt mnjwb soalan yg dikemukakan, terus kita mengucapkan syukur (Alhamdulillah) kpd ALLAH.Anda sedar atau tidak?kita akan dpt menjwb soalan seterusnya..masya-Allah..ALLAH Maha Pemurah akn hambanya~

Bagaimana pula berterima kasih dgn manusia?..apa yg sy dpt?..erm sy rs kwn2 akn lebih menyayangi sy(hehe:-)).kalau sy berterima kasih dgn abah slps abah bank in duit, serta merta abah akan bertanya "cukup ko dop duit tu? kalu xcukup abah nok wi lg"..versi klate..hehe..haa tgk, dgn hy berterima kasih..fikir2 kan lah wahai diri ini..jgn kamu kedekut berterima kasih..


“Mereka yg tidak menghargai yg kecil, takkan mampu menghormati yg besar. Dan mereka yg tidak berterima kasih pada manusia, takkan mampu mensyukuri Allah.”

Insaflah wahai diri ini..insaflah..insaflah..berterima kasih lah..berterima kasih lah..

Terima kasih Ya Tuhan kerana Engkau menghantar seseorang ketika aku sgt memerlukan, ketika aku hampir berputus asa..seseorang yg sgt memahami, menyayangi, mengambil berat..seseorang yg xpenah jemu memberi kebahagiaan kpdku, menceriakn hidupku..seseorang yg tidak loket dgn nasihat, dorongan, sokongan, semangat..sesorang yg sudi melayan kerenah aku..seseorang yg xpernah meluahkan perasaan tidak puas hati kpdku..seseorang yg xpenah mengeluh dgn kerenahku..seseorang yg xpernah menyalahkanku..seseorang yg xpernah jemu mendoakan kejayaanku..t.ksh..t.ksh..t.ksh..

Yang paling pandai bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling pandai bersyukur kepada manusia. (HR. Ath-Thabrani)

Maaf~

Bagaimana pula ceritanya dgn "maaf"..?
Seperti mn yg kita tahu, amalan bermaaf-maafan ini sudah mnjd kebiasaan menjelang hari raya..bagaimana pula hari2 biasa??..

Adakah sy seorang yg petah dgn perkataan 'maaf'?..knp disaat ada org menyakiti kita, kita susah utk memaafkan org itu?Ingat lah wahai diri, apa perasaan kita sekiranya kita memohon keampunan drp ALLAH tetapi Dia tidak memaafkan kita?..sama lah juga dgn manusia..

Pada sy..sy lebih suka meminta maaf drp diminta maaf..knp ye?
Sbb meminta maaf lebih mudah drp diminta maaf..knp mcm tu plak?
Sbb sy seorang yg berhati keras..sgt susah utk memaafkan org..sbb tu sy xsuka org meminta maaf dgn sy..insaflah wahai diri.."Ya Allah, Engkau lembutkan lah HATI ku ini"..

Ha..nk dgr cite x?pernah satu ketika ada kwn sy nie mrh2 dgn sy sbb sy xsuka dia mintak maaf dgn sy atas kesalahan yg kecil & sy kira dia xsengaja...nk tau dia ckp apa?.."awak nie tolong la cuba belajar utk memaafkan org"..nahhh sy terkesima seminit (hehe)..satu lg dia ckp "awak tu kalau minta maaf ngn org xkan berhenti-henti selagi org tu xmaafkn awk..maaf..maaf..maaf..ha sama lah dgn sy"..ha betol kn sy ckp, meminta maaf lbh mudah drp diminta maaf..

"Memaafkan orang lain yang berbuat salah pada diri kita mempunyai beberapa hikmah. Antaranya, orang lain yang marah dengan diri kita mungkin akan memaafkan kesalahan kita lakukan kepadanya"

****************
hmm...sy rs setakat ini saja lh perkongsian sy mengenai dua perkataan yg sy fikir sgt terkesan dihati sekiranya kita betol2 menghayatinya..sy pn nk ke lowyat nie, repair my laptop yg dh hmpr 1 bln x berfungsi..kl teruk sgt kene beli yg baru ler..//- -//..

smg perkongsian ini dpt dijadikan pengajaran lebih2 lg kpd diri sy sendiri !!!

TERIMA KASIH...TERIMA KASIH...TERIMA KASIH~
MAAF...MAAF...MAAF~

6/6/10 (Ahad)

~Duhai Manusia..Janganlah Engkau Merasa Lemah & Sedih..~

Surah Al 'Imran; Ayat 139-141
~Ayat 139~
"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang BERIMAN"

~Ayat 140~
"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka mereka pun (pada perang Badar) mendapat luka yg sama. Dan masa (kejayaan & kehancuran) itu, Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran, dan agar ALLAH membezakan orang2 beriman (dgn orang2 kafir) & agar sebahagian kamu dijadikan-NYA (gugur sebagai) SYUHADA. Dan ALLAH tidak menyukai orang2 zalim"

~Ayat 141~
"Dan agar ALLAH membersihkan orang2 BERIMAN (dari dosa mereka) & membinasakan orang2 kafir"


~Does that look right to you??~.........




(12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari
http://www.livestream.com/insaniyardim/

Artikel ini dipetik dari;
http://perisik-rakyat.com/

~Manusia Semakin Aneh~


klik title to link myMetro

Bayi jadi sasaran
2010/05/30

SEORANG wanita yang dituduh mencuri telefon bimbit mengamuk dengan mencampakkan bayinya sebelum memijak kanak-kanak itu.
Pertengkaran menjadi serius dan polis terpaksa dipanggil.
Apabila seorang anggota keluarga pelajar itu turut campur tangan dengan menolak wanita itu, dia melakukan tindakan mengejutkan dengan mencampakkan bayi yang didukungnya dan memijak-mijak kanak-kanak itu sambil menjerit membantah tuduhan pelajar berkenaan.
Bagaimanapun, bayi berkenaan terselamat dan wanita itu ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut.

MasyaAllah..apkh wanita ini sudah x punya hati & perasaan???
Adkh dia tidak tahu anak itu tidak bersalah sdkt pn???
Adkh dia tidak tahu anak itu satu anugerah Tuhan yg x ternilai???

**MenjAdi mAnuSia meLayaKkan kiTa unTuk diUji..bAgaiMana dGn p'sEdiaAn kiTa???**


Posted: 27 May 2010 02:54 AM PDT
Menjadi seorang manusia, kita tetap akan diuji. Ujian gunanya untuk mematangkan kita. Ujian ini kita kena hadapi bukan dengan cara menjawab menggunakan tulisan di atas kertas seperti di sekolah dulu. Caranya adalah dengan emosi, strategi, tindakan dan petunjuk Tuhan.

Makin besar impian kita, makin besarlah ujian kita. Sebab itulah orang-orang berjaya pernah kata, nak berjaya amat mencabar sekali sebab ujian yang datang berpunca dari sekeliling – dari kawan-kawan, ahli keluarga, bahkan dari diri sendiri.

Ujian dari kawan-kawan dan ahli keluarga biasanya berbentuk tohmahan, cacian, makian, tuduhan liar serta pemulauan. Kita mungkin akan dipulaukan sebab kita menjadi ‘lain’ simply sebab kemahuan kita berlainan dari kemahuan mereka. Sebab? Kita mahu berjaya.

Ujian dari sendiri berbentuk sikap malas, bertangguh-tangguh, dengki, iri hati juga sikap berputus asa. Semua ini ada dalam diri kita.

Maka, kita perlukan satu ‘kuasa’ yang lebih hebat dari kuasa manusia untuk menghalang diri kita dari dikuasai oleh ujian-ujian ini. Berdoalan selalu kepada Tuhan disamping merajinkan diri berusaha mencapai matlamat kita.

Akhir kata, menjadi manusia melayakkan kita untuk di uji di dalam sebuah kelas di panggil ‘kehidupan’. Untuk kita berjaya di dalam ‘kelas’ itu, kita kena menjadi orang yang tahan di uji, sama ada ujian dalam bentuk kesenangan atau dalam bentuk kesusahan.

p/s:penulis berpesan pd diri sndiri & shbt2 bhw kita hendaklah mensyukuri setiap ujian yg ALLAH turunkan kpd kte..jgn mengeluh~

~The Power of Certainty~

It is one thing to be confident that U will be seccessful. And it is quite another thing to be absolutely certain!
***
Confidence is necessary in order to reach absolute certainty.
***
Let's look at the diference between the two. Here's how the dictionary defines them.
***
Confidence - the feeling or belief that one can rely on someone or something; firm trust.
Certainty - firm conviction that something is the case; a fact that is definitely true or an event that is definitely going to take place.
***
When U talk about yourself, your business, or your future plans; are you speaking in terms of certainty?

"aku boleh buat"....3X

Bercakap-cakap dengan diri sendiri dapat mencetuskan semangat

Posted: 27 Feb 2010 11:20 PM PST

Cara paling mudah untuk kita bermotivasi pada diri sendiri adalah dengan bercakap ngan diri kita sendiri di dalam hati. Cakapkanlah apa saja pada diri Anda sendiri untuk membangkitkan rasa bersemangat yang amat kuat.

Bina attitude ‘you can do it‘. Katakan pada diri Anda berkali-kali, you can do it, you can do it, you can do it.

Jika Anda sedang merasa sukar ketika melakukan sesuatu, gunakan cara ini. Beri semangat pada diri sendiri dengan mengatakan di dalam hati..“aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat”.

Kenapa mesti 3 kali? Sebab, 3 kali lebih power daripada hanya 1 kali.

Macam kita makan juga..3 kali makan lebih banyak isinya dari cuma 1 kali makan. Cara lain untuk memotivasikan diri, gunakan ayat seperti ini..”orang lain boleh buat, aku pun boleh buat. Aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat!!.”..

Mula-mula buat teknik ni, perubahnya tak berapa ketara tapi bila dah selalu selepas dua tiga hari, Anda akan terasa perubahannya. Ini kerana minda kita amik masa untuk menghadam lalu memahami perkara-perkara baru. Bila minda dah faham, minda akan mengatur sistem saraf dan aliran darah supaya jadi seleras dengan kemahuan Anda.

Jadi, tiap kali Anda kata “aku boleh buat” tetiba ada timbul keyakinan tinggi yang Anda memang boleh buat, sebab Anda nampak orang lain boleh buat. Bila buat, Anda tak akan rasa ragu-ragu langsung.

Tiap kali Anda rasa tertekan sebab rasa sukar, katakan pada diri “aku boleh buat” ..Gunakan perkataan “aku boleh” lalu sesuaikan dengan situasi Anda supaya Anda jadi lebih bersemangat.

Artikal ini dihantar oleh iMotivasi ke email penulis

Cabar Diri Untuk Berjaya



Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.
2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.
4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.


5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.