http://fascinationofmiddleeast.blogspot.com
Alhamdulillah...
Akhirnya saya berjaya menyiapkan blog baru saya.
Nak jadi Usahawan berjaya nie kene lah berusaha keras sikit..bak kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..he2..
Nak memajukan diri kene lah ada perkembangan setiap masa.
Macam mna sy blh terjebak dgn benda nie??
Haa kisahnya bermula dgn Hari Lelaki & Wanita (HALWA'10) yg berlangsung pd 6 & 7 Januari 2010. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya & pengarahnya saya sendiri..Mencabar diri untuk mencuba sesuatu yg baru..(Alhamdulillah kepuasan diri & bnyk pengalaman yg dpt ditimba melalui program ini sekali gus mematangkan diri)..Namun mesti diingat sibuk berpesatuan jgn dijadikan alasan utk mengabaikan pelajaran..Bak kata mantan YDP 0910 (Abe We), "Pelajaran nombor satu tapi persatuan bukan nombor dua"..erm sy ingat kata2 tu sampai hari ini...
Hmmm..melalui program ni sy telah berjaya mendapatkan tajaan berupa pakaian & hadiah daripada seorang pemilik Beautiful Abaya Boutique (kak haliah)..peserta pertandingan Pesona Timur Tengah berpeluang memakai Jubah drpda nye..sangat menarik..menampilkan mahasiswi yang berketerampilan dan berintelektual..
Selepas tamatnya program tersebut, kakak Haliah telah menawarkan saya untuk menjadi reseller kepada koleksi jubahnya. Sudah lama mendiamkan diri kerana kekangan masa dengan tugasan pelajaran dan sebagainya..Tapi kata kakak Haliah, saya boleh meneruskan usaha nie walaupun slps saya tamat belajar..erm ok gak, disamping dapat tolong mempromosikan koleksi jubahnya, dapat jgk income..(hehe)..rezeki jgn ditolak-)).Bak kata orang,"Orang berbudi kita berbahasa"..btol x?..
Selain tu, pertama kali berkunjung ke butiknya di Gombak, saya amat teruja melihat jubah-jubah yang amat menarik especially jubah hitam..sangat exclusive..hmm sejak dari tu saya mula meminati jubah:-)
Jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi dengan teman-teman.
Jubah yang diimpot dari negara Timur Tengah seperti Jordan, Dubai dll.
~ Amat sesuai kepada golongan berkerjaya, golongan pelajar dan sebagainya
~ Amat sesuai dijadikan buah tangan kepada orang tersayang
~ Amat sesuai dijadikan barangan hantaran bagi yang ingin mendirikan rumahtangga
Untuk maklumat lanjut sila layari http://fascinationofmiddleeast.blogspot.com
klik tajuk diatas untuk link this blog
Berbaloi-baloi (^_^)