~Interaksi Jalinan Mahabbah PERDANA UKM - PMKUM 2010/2011~


Barisan Kepimpinan Muslimin UKM-UM

Barisan Kepimpinan Muslimat UKM-UM

President PERDANA UKM menyampaikan cenderahati kepada YDP PMKUM

PERDANA UKM

PERDANA UKM

PMKUM

Link blog :http://ydppmkum.blogspot.com/

***Very Nice Experience***





Salam..semoga sahabat2 sentiasa dalam Rahmat Allah swt.

Sebut sahaja 'weekend' pasti sinonim dengan kata-kata seperti "aku nak topup tido,dh 5 hari tido lambat disebabkan presentation,test,quiz dan macam2".."aku nak siapkan assigment".."aku nak siapkan tutorial".."aku nak siapkan lab report"...dan macam2 lagi. Inilah rutin sebagai pelajar universiti.Bagi yang aktif berpersatuan pula,sudah pastinya akan sibuk dengan program-program.

Begitu juga dengan saya,namun alhamdulillah dalam kesibukan tersebut sy masih berpeluang menghadirkan diri dlm satu seminar yang cukup2 menarik. Walaupun sebelum ini tak pernah terfikir utk menghadiri seminar ini.Terima kasih kpd Cikgu Bashier yg dtg menjemput sy dan beberapa sahabat yg lain.Aik sy nk jadi guru tuisyen ke??..knp sy menghadiri seminar ini??..Apa yg paling penting bagi sy adalah ilmu-ilmu yang disampaikan oleh orang-orang yg telah berjaya dan disamping dapat pengalaman baru dalam hidup...very nice!!!!

Mini Seminar Tuisyen..banyak input2 berguna dan pengalaman baru yg dapat sy kutip drp seminar ini.Apa yg sy dan sahabat2 dapat drp seminar ini??
*Macam mana nak mulakan langkah pertama sebagai Cikgu Tuisyen Super.
*Membina Kredebiliti & Reputasi yang Cemerlang.
*Pengurusan Masa antara Kerja Utama vs Mengajar Tuisyen.
*Pendapatan Minima Tuisyen adalah RM3,000 dan lebih setiap bulan

Dalam seminar ini sy dapat bertemu dgn orang-orang hebat yg telah terbukti berjaya!
http://masteryus.com/
http://bashier05.blogspot.com/



16/10/10-Sabtu-6.14PM

3 Langkah Bagaimana Untuk Melupakan kesalahan Orang Yang Menyakitkan Hati Kita~



Assalamualaikum...
Rasanya sudah berminggu2 sy xupdate my blog,sibuk..bz..xde masa..(alasan!)..hu2
Post kali ni sy nk kongsi satu MOTIVASI DIRI yg dihantar oleh iMotivasi kpd e-mail sy.
3 Langkah Bagaimana Untuk Melupakan Kesalahan Orang Yang Menyakitkan Hati Kita...
Setiap org pasti ada yg terasa/sakit hati dgn seseorang..kan?
Bagi sy ini adalah perkara biasa dlm lumrah hidup manusia..knp sy berkata begitu?sbb kita manusia lemah,manusia biasa yg terkadang gagal mengawal hati kita walaupun kita sudah sehabis mungkin cuba utk jd yg terbaik..kita manusia tidak sempurna..
Atau sebaliknya,kita adlh org yg suka menyakitkan hati orang lain??..cuba kita amik masa sblm tidur utk muhasabah diri..insyaAllah~

Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.

Saya tak suka kata susah, saya memilih untuk kata ‘mencabar‘ sebab perkatan tu lebih positif. Menyebut perkataan ‘susah‘ membuat kita terdorong untuk berfikiran negatif kerana bunyi perkataan tu agak negatif.

Dah jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan hati kita. Tapi, jika Anda nak berjaya, nak menjadi orang hebat dalam bidang Anda sekarang ni dan Anda betul-betul nak berubah, Anda kena melatih diri untuk melupakan kesalahan orang.

Cemana nak melupakan?

Ikuti 3 langkah di bawah:

Langkah 1: Tutup cerita lama, buka cerita baru.

Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.

Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.

Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.

Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.

Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.

tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

Langkah 3: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.

Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.

Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:

“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”

Tepuk dada, tanyalah iman.

Dipetik dari www.iMotivasi.com (ShueQry)

3/10/10-Ahad-7.33 AM

Aktifkan Dirimu Dengan DOA!



Kita b'DOA bkn utk mmberitahu ALLAH apa yg kte pinta,kerana tnpa diberithu pn ALLAH sedia mengetahui sgl ssuatu.ALLAH Maha Mengetahui sgl apa yg kte zahirkn mahupn apa yg kte smbunyikn..

Jadi perlu apa lg kte b'DOA?

DOA adlh utk mmbuktikan sifat kehambaan kte dihdpn ALLAH.Sebagai hamba kte memerlukn ALLAH lbh drp segala-galanya dlm hdp ini.Dan sbg hamba kte wajib memuliakn ALLAH setiap ms.Inilah Hakikat Doa.

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.Dan sesungguhnya orang yg menyombongkan diri daripada menyembah-KU akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina." (Surah Ghafir 40:60)

MENGAPA DOA PENTING?

1. Menegekalkan Hubungan Dengan ALLAH Setiap Masa

Tanpa ALLAH dm hati kita,manusia umpama ikan yg ketiadaan air.Jiwa kita akan mati,kita akan hilang ketenangan,kebahagiaan wlpun kita memiliki segala2.Doa sebenrnaya adlh zikir (interaksi & komunikasi kita dgn Ilahi dgn cara yg paling harmoni). Dengan hanya mengingati-Nya hati kita akn mnjadi tenang..

"Yakni mereka yang beriman & hati mereka menjadi tenang dengan mengingati ALLAH.Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." (Surah al-Rad'd 13:28)

Orang yg sering sering b'DOA tidak akan dilanda stress yg melampau & kemurungan dlm hidup..ketenangan & keceriaan menghiasi wajahnya..Ini kerana talian hayatnya sntiasa b'sambung dgn ALLAH,apatah lagi ketika kita memerlukan p'tolongan.

2. Keupayaan Melakukan Perubahan Ke Arah Kebaikan Secara Berterusan

Perubahan drpd kurang baik kpd baik & drp baik kpd lebih baik(cemerlang) perlu ada dlm diri setiap manusia. Hidup org berjaya sentiasa lebih baik drp sebelumnya sama ada kebaikan itu berkait dgn ALLAH mahupun berkait dgn manusia.

"Dan DIA memperkenankan(doa) orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah(pahala) kepada mereka daripada kurnia-NYA." (Surah al-Syura 42:26)

DOA itu HARAPAN. Doa adlh 1 kunci menggamit p'tolongan ALLAH utk melaksanakn perubahan diri. Manakala USAHA adlh langkah utk merealisasikn HARAPAN itu. Dgn b'DOA kita m'harapkan SEBAIK TAKDIR. Dgn b'USAHA kita melaksanakan SEBAIK TADBIR. Apabila b'gabung TADBIR & TAKDIR yg baik, insyaALLAH kita akn berubah kearah yg lebih baik.

3. Melahirkan Rasa Berkongsi Menghadapi Sebaran Kebuntuan


Tidak ramai manusia yg begitu kuat sehingga mampu menanggung mslh & perit scr b'sendirian. Ada masa kita memerlukan insan lain utk mendengar & b'kongsi mslh dgn kita. Namun adakalanya mslh kita t'lalu personal yg kita rs tidak mahu b'cerita dgn org lain. Kadangkala kebimbangan kita t'lalu tinggi sehingga tidak dpt b'bincang dgn keluarga atau sahabat terapat. Justeru, kpd siapa kita hendak mengadu??...

Ya, sudah pasti ALLAH..ALLAH..ALLAH..b'DOA lah, DIA sentiasa sedia & setia utk mndgrnya.

"Jika hamba-KU bertanyakan kamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu, wajarlah mereka sahut seruan-Ku & beriman dengan-Ku, semoga mereka beroleh petunjuk." (Surah al-Baqarah 2:186)

Dengan b'DOA kita tidak 'akan bersendirian' dlm menghadapi kebuntuan hidup. Kata prof. Dr. Hamka, "ketika pintu di bumi sdh t'ttp segalanya,pintu ke langit s'tiasa t'buka!"..Maksudnya, apabila manusia tidak boleh lg diharap mendengar pengaduan kita, ALLAH s'tiasa ada utk mendengar sgl rintihan & harapan.

7/9/10-Selasa-3.31 AM